Sistem Operasi untuk telefon pintar kini ada pelbagai.
Seperti d pc @ laptop, korg gunakan Windows, Ubuntu, Mac Os X n bla~ bla~ bla~.
D telefon pintar pula, operasi sistem yg di gunakn ialah Android, Windows Phone n sbagainya.
Utk elakkan dari korg boring membaca, admin straight to the point k~.. LOL
Android
Android merupakan salah satu sistem operasi yang popular digunakan oleh
telefon pintar. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan
Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar
telefon pintar ini menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga
boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan
mudah di sesuaikan kepada pengguna.
Walaupun banyak telefon pintar Android ini
dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai
tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada korang semua, pilihlah
telefon pintar yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich atau terkini
kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmware terbaru. Jika
korang tidak mempunyai bajet yang tinggi, korang juga boleh dapatkan telefon
pintar yang menggunakan Android 2.3 Gingerbread.
Baca Artikel Apa Beza Versi Android
Windows Phone
Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar.
Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan
antaramuka Metro. Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta
integrasi bersama-sama perkhidmatan.
Microsoft membantu pengguna menggunakannya
dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti
yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad
atau kurang.
Jika korang bercadang ingin menggunakan Windows Phone, admin
mencadangkan korang membeli peranti Windows Phone dari Nokia. Nokia mempunyai
sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.
iOS (iPhone Operating System)
iOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya
boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad,
dan iPod.
Jika korang adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple
seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk
dari Apple.
iOS 6 (iOS terkini) hanya
boleh digunakan pada model iPhone 3GS, iPhone 4, dan iPhone 4S.
Jadi pilihan
untuk korang amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual
di Malaysia boleh dikatakan mahal, korang perlu bersedia untuk mengeluarkan
sejumlah wang yang banyak untuk memilikinya.
BlackBerry OS
BlackBerry OS yang terkenal dengan BBM adalah satu sistem operasi yang
menggunakan kuasa bateri yang amat rendah. Ianya diperkatakan dibangunkan untuk
kegunaan golongan ahli perniagaan dan datang didalam lingkungan yang tetap dan
terhad.
Bagi admin, jika
korang didalam golongan ahli perniagaan atau mereka yang mahukan telefon pintar
yang mempunyai ketahanan kuasa bateri, inilah telefon pintar yang patut korang
miliki.
Symbian/Nokia Belle
Symbian atau kini telah dijenamakan semula sebagai Nokia adalah satu
sistem operasi yang kurang popular dipasaran Malaysia. Namun ianya merupakan operasi sistem yg paling di minati Admin k. :D
Walaupun perantinya
di datangkan dengan spesifikasi yang mungkin menakjubkan tetapi ianya tidak
mampu mencapai nilai pasaran yang tinggi. Bagi admin sistem operasi ini menarik dari segi paparan dan fungsi yang disediakan n mudah utk di modified kan :D
Dengan sokongan
aplikasi dan permainan yang kurang, menyebabkan Symbian semakin hilang
popularitinya
Artikel Berkaitan
Baca Artikel Apa Beza Versi Android
- Kakah
...