Operasi Sistem Telefon Pintar


Sistem Operasi untuk telefon pintar kini ada pelbagai.

Seperti d pc @ laptop, korg gunakan Windows, Ubuntu, Mac Os X n bla~ bla~ bla~.
D telefon pintar pula, operasi sistem yg di gunakn ialah Android, Windows Phone n sbagainya.
Tp tahukah korg perbezaan n keistimewaan sistem operasi tersebut??


Utk elakkan dari  korg boring membaca, admin straight to the point k~.. LOL

Android

Android merupakan salah satu sistem operasi yang popular digunakan oleh telefon pintar. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar telefon pintar ini menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan mudah di sesuaikan kepada pengguna.

Walaupun banyak telefon pintar Android ini dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada korang semua, pilihlah telefon pintar yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich atau terkini kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmware terbaru. Jika korang tidak mempunyai bajet yang tinggi, korang juga boleh dapatkan telefon pintar yang menggunakan Android 2.3 Gingerbread.


Windows Phone

Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar.  Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan antaramuka Metro.  Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta integrasi bersama-sama perkhidmatan.

Microsoft membantu pengguna menggunakannya dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad atau kurang. 

Jika korang bercadang ingin menggunakan Windows Phone, admin mencadangkan korang membeli peranti Windows Phone dari Nokia.  Nokia mempunyai sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.

iOS (iPhone Operating System)

iOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad, dan iPod.

Jika korang adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk dari Apple.

iOS 6 (iOS terkini) hanya boleh digunakan pada model iPhone 3GS, iPhone 4, dan iPhone 4S.

Jadi pilihan untuk korang amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual di Malaysia boleh dikatakan mahal, korang perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memilikinya.

BlackBerry OS

BlackBerry OS yang terkenal dengan BBM adalah satu sistem operasi yang menggunakan kuasa bateri yang amat rendah. Ianya diperkatakan dibangunkan untuk kegunaan golongan ahli perniagaan dan datang didalam lingkungan yang tetap dan terhad.

Bagi admin, jika korang didalam golongan ahli perniagaan atau mereka yang mahukan telefon pintar yang mempunyai ketahanan kuasa bateri, inilah telefon pintar yang patut korang miliki.

Symbian/Nokia Belle

Symbian atau kini telah dijenamakan semula sebagai Nokia adalah satu sistem operasi yang kurang popular dipasaran Malaysia. Namun ianya merupakan operasi sistem yg paling di minati Admin k. :D

Walaupun perantinya di datangkan dengan spesifikasi yang mungkin menakjubkan tetapi ianya tidak mampu mencapai nilai pasaran yang tinggi.  Bagi admin sistem operasi ini menarik dari segi paparan dan fungsi yang disediakan n mudah utk di modified kan :D

Dengan sokongan aplikasi dan permainan yang kurang, menyebabkan Symbian semakin hilang popularitinya

Artikel Berkaitan




- Kakah



...
I Luv Laptop facebook fan page here, I Luv Laptop FB